Explore more publications!

Platform Penyimpanan Tenaga Kingdom Disokong oleh Stonepeak Laksanakan Fasiliti Pembiayaan Projek Pertama

SINGAPURA, April 07, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Kingdom, sebuah platform sistem penyimpanan tenaga bateri ("BESS") yang ditubuhkan oleh Stonepeak, firma pelaburan alternatif terkemuka yang memfokuskan kepada infrastruktur dan aset nyata, hari ini mengumumkan bahawa ia telah melaksanakan fasiliti pembiayaan projek jangka panjang pertamanya bagi projek Mimasaka. Projek Mimasaka ialah projek penyimpanan tenaga bateri berkapasiti 29MW di Mimasaka, Wilayah Okayama, Chugoku, Jepun. MUFG Bank, Ltd. merupakan pemberi pinjaman asal dan pengatur utama yang dimandatkan. Projek ini menggunakan bateri daripada CATL, pengeluar bateri terbesar di dunia.

Kingdom memiliki dan mengurus sembilan projek BESS di Jepun, yang setiap satunya telah memperoleh kontrak pasaran kapasiti dengan tempoh 20 tahun, yang dimenangi dalam dua pusingan pertama Long-term Decarbonization Auction Jepun. Kesemua sembilan projek ini berjumlah 479MW kapasiti kasar. Projek Mimasaka merupakan projek pertama daripada projek-projek ini yang melaksanakan pembiayaan projek. 

"Kingdom komited sepenuhnya untuk menyokong Jepun dalam mencapai matlamat peralihan tenaga," kata Jay Guo, Ketua Pegawai Eksekutif Kingdom. "Kami berbesar hati untuk menjalin kerjasama dengan CATL dan MUFG, sambil memastikan pembangunan baki portfolio BESS kami terus dipercepatkan."

“Kami berbesar hati kerana telah mencapai transaksi bersejarah ini, yang mengukuhkan kedudukan Kingdom sebagai pemain utama dalam pasaran penyimpanan tenaga Jepun,” tambah Ryan Chua, Pengarah Urusan Kanan di Stonepeak. “Kami berhasrat untuk membawa lebih banyak projek kami ke peringkat penutupan kewangan dan seterusnya ke peringkat pembinaan, bagi menyokong sasaran peralihan tenaga Jepun.”

Perihal Kingdom
Kingdom ialah syarikat pembangunan projek BESS, yang beribu pejabat di Singapura serta mempunyai pejabat di Tokyo dan Chengdu. Kingdom terlibat dalam keseluruhan kitaran hayat projek untuk membangunkan, memiliki serta mengendalikan aset BESS di Jepun dan pasaran lain, dengan matlamat untuk memajukan peralihan tenaga serta mempekukuh daya tahan sistem grid kuasa moden.

Perihal Stonepeak
Stonepeak ialah firma pelaburan alternatif terkemuka yang mengkhusus dalam infrastruktur dan aset nyata, serta menguruskan kira-kira USD84 bilion aset. Melalui pelaburannya dalam perniagaan aset fizikal defensif di peringkat global, Stonepeak berhasrat untuk mencipta nilai bagi para pelabur dan syarikat portfolionya, dengan memberikan tumpuan kepada perlindungan risiko penurunan serta pulangan terlaras risiko yang kukuh. Sebagai penaja instrumen pelaburan ekuiti persendirian dan kredit, Stonepeak menyediakan modal, sokongan operasi serta perkongsian yang komited untuk mengembangkan pelaburan dalam sektor sasarannya, yang merangkumi pengangkutan dan logistik, infrastruktur digital, tenaga dan peralihan tenaga, serta hartanah. Stonepeak beribu pejabat di New York dengan pejabat di Houston, Washington, D.C., London, Hong Kong, Seoul, Singapura, Sydney, Tokyo, Abu Dhabi dan Riyadh. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.stonepeak.com.

Maklumat Hubungan

Kingdom
Jay Guo / Tian Kai (TK) Ling
corporatecomms@kingdom-bess.com

Stonepeak
Kate Beers / Maya Brounstein
corporatecomms@stonepeak.com
+1 (212) 907-5100


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions